Kalau kita alih bahasa dengan ayat yang mudah difaham bunyi seperti begini " Jika kita rasa insuran kita mahal, cuba sakit !! " . Sebenarnya banyak juga dengar kata-kata dari yang berminat untuk ambil Insuran terutama Insuran Takaful dengan mengatakan insuran mahal. Sebenarnya sebagai pengguna bijak kita harus mengambil sedikit masa untuk mengkaji jenis takaful insuran yang dikehendaki. Kalau kita pilih 1 tanpa membuat rujukan, mungkin kita akan kata takaful mahal.
Insuran sebenarnya produk yang agak fleksible. Kos perlindungan itu sebenarnya bergantung kepada keutamaan diri kita. Disinilah agent/konsultant/penasihat kena memainkan peranan untuk menyelesaikan masaalah yang bakal dihadapi dengan memberi pandangan dan rancangan yang solid bukan sekadar untuk menjual produk sahaja. Sebagai contoh, semua insuran ada jual Kad Medikal mengikut brand dan kelebihan masing-masing. Tetapi pernah terfikir tak bila kita mengambil Kad Medikal apakah kemudahan pada diri kita selaku pemakai yang boleh kita dapat. Contoh ada kad medikal kena buat tambahan bayaran dikatakan kos meningkat dan ada yang guna kad medikal sama je tanpa penambahan selama setahun atau sampai bila-bila. Mungkin agen layan baik semasa kita admit tanpa sedar kita kena buat bayaran tambahan walaupun boleh dituntut semula. Masalah kita tengah sakit nak keluarkan duit lagi ke ??
Kesimpulan dari situ yang saya dapat maklumkan ramai yang insuran itu MAHAL !!
Jadi anda sebagai pengguna ada hak untuk membuat pilihan.Jangan disebabkan yang menjual kita itu kawan kita, saudara kita atau seseorg yang kita kenal rapat, kita sanggup mengorbankan wang ringgit untuk perlindungan yang tak sepatutnya sebab yang rugi bukanlah mereka, tetapi kita. Seeloknya buat perbandingan antara takaful insuran sebelum membeli satu.
Jika anda memerlukan nasihat selanjutnya dengan penuh detail, boleh setkan temujanji pada www.wasap.my/0176021273. Insyallah kami di Vibration Consultancy sedia berkongsi dan membantu.Alhamdullilah ramai yang puas hati dengan cadangan yang kami berikan.
Comments
Post a Comment