Sudah menjadi lumrah setiap insan untuk memastikan bahawa orang yang tersayang sentiasa selamat dan dilindungi. Sama seperti slogan penjenamaan kami, ‘untuk mereka yang benar-benar prihatin’, Zurich menitikberatkan keperluan dan kepentingan masyarakat tempatan. Kami yakin dengan kekukuhan kewangan global serta pengetahuan dan kepakaran tempatan, Zurich adalah pilihan terbaik buat anda.
Ya, kami tidak akan berhenti mencuba memahami dan memberi sepenuh keprihatinan kepada anda. Begitu juga anda. Buktikan keprihatinan dan kasih sayang dengan melindungi mereka yang tersayang dengan kami. Kerana kami yakin Zurich ialah
‘untuk mereka yang benar-benar prihatin’.
Persediaan Untuk Sesuatu Yang Tidak Dijangka
Sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku dalam sekelip mata tanpa kita sedari.
Begitu juga dengan kehidupan seseorang itu, ia boleh berubah tanpa diduga.
Persiapkan diri anda untuk penyelesaian kewangan terbaik ketika berurusan di saat-saat
yang tidak diduga dan membebankan dengan PATINA2016.
Apa Yang Membuatkan PATINA2016 Sangat Unik?
PATINA2016 adalah satu pelan Takaful Keluarga Kemalangan Diri Standalone yang direka
khas untuk memenuhi keperluan perlindungan anda. Ia menyediakan manfaat perlindungan
24 jam untuk kematian akibat semua sebab dan kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.
Produk mampu milik ini dilengkapi dengan beberapa pelan untuk dipilih, bergantung kepada umur, jantina, dan kelas pekerjaan.
Dengan 20% Diskaun Loyalti*, PATINA2016 adalah satu pelan yang mesti dimiliki!
NAK TAHU BOLEH WHATSAAP 017 602 1273 UNTUK TEMUJANJI
Keterangan Manfaat
1. Manfaat Kematian - Semua Sebab
Ia dibayar sekiranya berlaku kematian akibat semua sebab dan Jumlah Dilindungi yang dibayar adalah bergantung kepada pelan yang dipilih.
2. Kematian Akibat Kemalangan & Hilang Anggota/Hilang Upaya
Ianya melindungi kematian atau kehilangan penggunaan fungsi badan yang menyeluruh yang mana tidak boleh pulih akibat kemalangan. Ia membayar dua kali ganda Jumlah Dilindungi sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan sekiranya Orang Yang Dilindungi adalah penumpang di dalam mana-mana kenderaan awam darat pacuan mekanikal di atas laluan darat yang biasa atau berada di dalam lif di dalam sebuah bangunan awam atau lif.
3. Bayaran Balik Perubatan (setiap tahun)
Ianya menyediakan pembayaran balik ke atas perbelanjaan perubatan yang ditanggung dan
rawatan yang diterima dari pengamal perubatan yang berdaftar dalam tempoh 104 minggu
selepas berlakunya kemalangan tersebut.
4. Pampasan Mingguan (setiap minggu, maksimum 52 minggu, setiap kemalangan)
Ianya membayar pendapatan mingguan sepanjang tempoh Orang Yang Dilindungi
tidak dapat bekerja kerana kehilangan upaya sementara akibat kemalangan.
5. Patah Tulang/Kelecuran (setiap tahun)
Ia memberikan perlindungan untuk mana-mana tulang yang patah atau kelecuran dalam
tempoh 90 hari dari tarikh kemalangan.
6. Pendapatan Hospital Harian (setiap hari, maksimum 120 hari setahun)
Ianya menyediakan manfaat tunai harian bagi kemasukan hospital sehingga maksimum
120 hari setahun.
7. Bayaran Ambulans (setiap kemalangan)
Ianya membayar semula caj yang munasabah dan biasa diamalkan untuk perkhidmatan
ambulans akibat kemalangan.
8. Rawatan Perubatan Alternatif (setiap kemalangan)
Ia membayar balik kos rawatan alternatif selepas kemasukan hospital termasuk ubat-ubatan
yang ditanggung oleh Orang Yang Dilindungi akibat kemalangan.
9. Diskaun Loyalti
Ia memberikan 20% Diskaun Loyalti ke atas caruman tahunan pada tahun ke-3 Sijil dan
seterusnya dengan syarat Sijil berkuatkuasa selama 2 tahun pertama berturut-turut.
Kelayakan
Kelayakan
Orang Yang Dilindungi: Sesiapa sahaja yang berumur 30 hari sehingga umur 70 tahun
Peserta/Pemohon: Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Caruman bermula dari 1 tahun sebanyak RM 187.00 sehinggan umur 75 tahun sebanyak RM 11,400 setahun. Polisi ini adalah setahun dan boleh diperbaharui setiap tahun
Kesesuaian
Teramat sesuai untuk sesiapa yang bertugas menggunakan kenderaan atau bekerja diluar pejabat
1. Kenderaan bermotosikal
2. Kenderaan berkereta atau lori
3. Menggunakan pengangkutan awam
4. Buruh awam yang berdaftar
5. Jurujual
Jadual harga mengikut umur. Bayaran untuk setahun.
Jauh lebih murah berbanding memiliki Medical Card
NAK TAHU BOLEH WHATSAAP 017 602 1273 UNTUK TEMUJANJI
Comments
Post a Comment